Oksana dedah kisah pertemuan dengan Sultan Muhammad V

Azyyati Ahmad
Jun 19, 2019 21:48 MYT
Rihana Oksana Petra buat pertama kalinya berkongsi cerita manis detik-detik percintaan dengan suaminya, Sultan Muhammad V. -Gambar fail
ISTERI Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra buat pertama kalinya berkongsi cerita manis detik-detik percintaan dengan suami.
Cerita yang dimuat naik melalui post terbarunya di Instagram memaklumkan bahawa mereka bertemu pada satu sesi makan malam bersama rakannya di Eropah sekitar tahun 2017.
Menariknya, apabila Sultan Muhammad V memperkenalkan diri sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Oksana tidak mempercayainya.
“Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo.
"Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki.
“Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia (Sultan di Malaysia). Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow,” cerita Oksana.
Semenjak itu, mereka terus berhubung sehinggalah Oksana terbaca berita mengenai perlantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-15.
Bagaimanapun, kisah berkenaan berakhir di situ dengan kata-kata "untuk diteruskan", dipercayai akan bersambung pada perkongsian seterusnya.
Sultan Muhammad V dan Oksana sebelum ini selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei lalu.
#kisah pertemuan #Raja Malaysia #ratu di Moscow #Rihana Oksana Petra #Sultan Kelantan #Sultan Muhammad V #Yang di-Pertuan Agong
;