OCPD Besut putus ibu jari, cedera di kepala akibat ditetak
Astro Awani
Ogos 15, 2019 18:01 MYT
Ogos 15, 2019 18:01 MYT
Ketua Polis Daerah (OCPD) Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi cedera selepas ditetak oleh seorang lelaki yang dikenalinya.
Kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa di Jerteh, Besut kira-kira jam 12.50 tengah hari pada Khamis.
Ekoran kejadian itu mangsa mengalami kecederaan putus ibu jari kanan dan luka di belakang kepala.
Mangsa dikatakan ditetak menggunakan parang oleh suspek yang mempuyai masalah mental dan tinggal berhampiran rumahnya.
Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian tersebut.
Jelasnya kejadian itu dipercayai berlaku ekoran rasa tidak puas hati selepas aduannya tidak dilayan.
Beliau berkata suspek yang berusia 30-an itu telah ditahan di Felda Selasih Besut kira-kira jam 4.15 petang tadi.