'Occupy UM8' pindah lokasi ke Bangunan Canseleri UM

Mariah Ahmad
Disember 15, 2014 09:42 MYT
Protes duduk bantah 'Occupy UM8' berpindah lokasi dari hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) ke Bangunan Canseleri UM.
Protes duduk bantah 'Occupy UM8' yang dianjurkan mahasiswa UM berpindah lokasi dari hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM) di Kompleks Perdana Siswa UM ke Bangunan Canseleri UM.
Mereka berada di sini sejak 3 petang tadi selepas berhimpun secara aman di hadapan pejabat HEP sejak 8.30 pagi tadi.
Mereka melaungkan 'Hidup, Hidup, Mahasiswa', 'Tumbang, Tumbang, Kezaliman' ketika berarak dari pejabat HEP.

Mahasiswa UM sedang berarak ke Canseleri untuk mendapat respon daripada Naib Canselor UM mengenai memorendu... https://t.co/IIcB0PpH8R

— Mariah Ahmad (@A_marea) December 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang peserta protes berkata tindakan ini sebagai usaha mendapatkan respon daripada Naib Canselor UM, Prof Dr Mohd Amin Jalaudin berhubung memorandum yang mendesak pengguguran kesemua tuduhan dan hukuman kepada UM8.
Pada jam kira-kira 2.30 petang tadi, memorandum tersebut telah disampaikan kepada Timbalan Naib Canselor Akademik Prof Dr Hamdi Abd Shukor bagi pihak Mohd Amin.
#amin jalaudin #canseleri #hamdi abd shukor #Occupy UM8 #UM