Objek menyerupai bom mortar ditemui di Segambut

Hilmi Malik
Ogos 12, 2019 15:06 MYT
Unit terbabit telah mengangkat objek berkenaan untuk dibawa ke satu lokasi lain yang lebih selamat untuk tujuan pemusnahan di kawasan lapang.- Foto PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima aduan berhubung penemuan objek menyerupai bom mortar yang ditemui di kawasan perumahan Kg Segambut Bahagia, Segambut di sini hari ini.
Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, polis menerima panggilan sekitar jam 10 pagi tadi oleh seorang pengadu sebelum mengerahkan Unit Pemusnah Bom ke lokasi penemuan terbabit pada jam 11.40 pagi.
Unit terbabit telah mengangkat objek berkenaan untuk dibawa ke satu lokasi lain yang lebih selamat untuk tujuan pemusnahan di kawasan lapang.
Sebagai langkah keselamatan, objek yang menyerupai mortar itu telah dibawa kira-kira 100 meter dari lokasi ia ditemui dan telah berjaya dimusnahkan sepenuhnya.
#Astro Awani #bom #bom mortar #Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul #keselamatan #PDRM #Polis Diraja Malaysia
;