Nyaris maut kenderaan terbabas gara-gara babi melintas

Astro Awani
November 19, 2019 15:16 MYT
Ketika kejadian, mangsa yang memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari Dungun menghala ke Kuantan. - Foto Astro AWANI
Gara-gara babi melintas, seorang pemuda nyaris maut selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbalik.
Kejadian berlaku di Kilometer 150 Jalan Jerangau - Jabor berhampiran kawasan Ladang Rakyat, Kemaman.
Kemalangan yang berlaku sekitar jam 4 petang Selasa itu menyebabkan mangsa, Ahmad Reduan Sola luka pada bahagian kepala dan tangan kiri.
Ketika kejadian, mangsa yang memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari Dungun menghala ke Kuantan.
Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba seekor babi melintas dari kanan jalan menyebabkan pikap yang dipandunya terbabas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi Astro Awani, mengesahkan kejadian.
#babi melintas #Jalan Jerangau #Kemaman #Ladang Rakyat #nyaris maut #pacuan empat roda #Polis Daerah Kemaman #terbabas #Toyota Hilux