NVIDIA pegang lebih 90% pasaran GPU untuk pusat data

Amanz
Mei 27, 2024 13:40 MYT
Menurut laporan Nikkei Asia, pada ketika ini NVIDIA memegang lebih 90% pasaran GPU untuk pangkalan data. -Gambar fail/Amanz
PADA suku yang lalu, NVIDIA mencatatkan peningkatan pendapatan 262% berbanding suku yang sama tahun lalu.
Pada pusat pangkalan data sahaja, pendapatan $22.6 bilion telah dicatatkan dibantu oleh ledakan permintaan tinggi untuk kecerdasan buatan (AI).
Menurut laporan Nikkei Asia, pada ketika ini NVIDIA memegang lebih 90% pasaran GPU untuk pangkalan data.
Perniagaan pangkalan data NVIDIA mencatatkan peningkatan 427% pada suku lalu berbanding suku sama tahun 2023.
Pesaing terhampir mereka ialah AMD yang hanya memegang 3% pasaran GPU untuk pusat data sementara Intel di tangga ketiga.
NVIDIA dijangka akan melebarkan jurang mereka dengan pesaing pada tahun ini kerana baru sahaja mengumumkan cip Blackwell B200 pada Mac lalu.
Malahan NVIDIA telah mengesahkan mereka kini akan menawarkan cip AI baharu setiap tahun bagi memenuhi keperluan perkomputeran AI di masa hadapan. -Amanz
#NVIDIA #kecerdasan buatan #pasaran GPU #AMD
;