Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama di Sabah berikutan tindakannya mengadakan pertemuan dengan Jacel H. Kiram, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai tidak boleh memberi sebarang alasan kerana tiada satu alasan pun boleh 'menghalalkan' perbuatan itu.
"Untuk Nurul Izzah bertemu dan bermesra dengan individu yang secara terbuka menyokong pencerobohan bersenjata di Sabah adalah sesuatu yang tak boleh diterima," kata Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dalam satu kenyataan hari ini.
Gambar mengenai pertemuan itu di Filipina telah dimuat naik oleh Jacel dalam akaun Facebook beliau pada 9 Nov lepas.
Abdul Rahman berkata walau apa pun alasannya untuk bertemu Jacel, yang merupakan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan itu, Nurul Izzah tidak sepatutnya berjumpa dengan musuh negara yang sudah membuat deklarasi terbuka menyokong serangan bersenjata terhadap Sabah.
"Kita semua tahu Jacel Kiram secara terang-terangan menyokong pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah.
Kenapa pula YB Nurul Izzah sanggup bertemu dengan Jacel Kiram? Ini satu kesilapan besar," katanya.
Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata Nurul Izzah boleh berjumpa sesiapa sahaja yang beliau suka di Filipina kerana itu haknya, tetapi pertemuan dengan Jacel tidak boleh diterima.
"Bayangkan perasaan orang Sabah terutamanya perasaan keluarga anggota keselamatan yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas dalam insiden pencerobohan bersenjata itu," katanya.
Abdul Rahman turut mengingatkan Nurul Izzah bahawa penyokong-penyokong Jacel sehingga kini masih mencari cara untuk menawan Sabah termasuk melalui pencerobohan bersenjata.
"Lagi cepat YB Nurul Izzah memohon maaf, lebih baik. Kalau tidak, jangan salahkan kerajaan negeri Sabah jika pada masa hadapan kerajaan negeri tidak membenarkan YB Nurul Izzah melawat Sabah," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan sedang mengkaji dan meneliti untuk merujuk Anggota Parlimen Lembah Pantai itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
"Bagaimana mungkin seseorang Anggota Parlimen sanggup berjumpa dengan ‘jurucakap’ kumpulan pengganas yang menceroboh negara kita, malahan memegang poster yang mempunyai perkataan – FILIPINO FRIENDS?.
"Apakah motif di sebalik perjumpaan dengan jurucakap kumpulan pengganas ini? Bagi saya, perjumpaan ini seolah-olah menjemput campur tangan anasir luar dalam urusan dalaman negara kita dan beliau juga telah mengingkari lafaz sumpah sebagai seorang Anggota Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya tindakan Nurul Izzah itu amat mendukacitakan dan bertentangan dengan lafaz sumpah seorang Anggota Parlimen untuk taat setia kepada tanah air.
Azalina berkata sebagai Anggota Parlimen, Nurul Izzah seharusnya tahu akan tanggungjawab beliau terutamanya dalam soal kedaulatan negara yang tidak boleh dikompromi.
Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina menceroboh dan memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pertempuran tercetus pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo.
Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.
Sehari selepas itu, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.
Sementara itu, Nurul Izzah dalam kenyataannya hari ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov semasa berada di Filipina bersama-sama dengan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.
Bernama
Thu Nov 19 2015

ABDUL RAHMAN: Untuk Nurul Izzah bertemu dan bermesra dengan individu yang secara terbuka menyokong pencerobohan bersenjata di Sabah adalah sesuatu yang tak boleh diterima. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.

Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.

PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.

'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.

PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).