NUJM ingatkan petugas media supaya berwaspada, patuhi SOP
Astro Awani
Oktober 5, 2020 19:23 MYT
Oktober 5, 2020 19:23 MYT
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) mengingatkan semua petugas media supaya sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Ia berikutan kebimbangan dengan laporan terkini bahawa terdapat petugas media yang didapati positif COVID-19 selepas membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.
Presidennya, Farah Marshita Abdul Patah berkata, mana-mana petugas media yang baru pulang dari kawasan berisiko atau mempunyai gejala COVID-19 dinasihatkan agar segera melakukan ujian saringan di hospital dan mematuhi arahan kuarantin wajib.
"Petugas media adalah petugas barisan hadapan dan berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan menjaga negara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru, NUJM memaklumkan akan sentiasa bersama semua petugas media dalam memerangi COVID-19.
#SOP
#Hospital
#ujian saringan
#koronavirus
#Malaysia
#COVID19
#Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia
#NUJM
#petugas media
#prosedur operasi standard