NTW 2024: Aktiviti Pembelajaran dan Pembangunan Kemahiran terbesar, sasar lebih 20,000 penyertaan
Astro Awani
Jun 25, 2024 15:18 MYT
Jun 25, 2024 15:18 MYT
National Training Week (NTW) 2024 iaitu minggu latihan percuma untuk rakyat Malaysia akan berjalan serentak di seluruh negara bermula 24 hingga 30 Jun ini.
Inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp ini menyasarkan 200,000 penyertaan dengan lebih 60,000 kursus latihan percuma dan 700 aktiviti pembelajaran ditawarkan di seluruh negara.
Mencetus Inovasi dan Kreativiti
NTW 2024 akan membuka tirai dengan aktiviti pembelajaran sebanyak dua hari menerusi Majlis Kemuncak dan Perayaan Pembelajaran NTW 2024.
Ia bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 29 dan 30 Jun 2024 ini dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Acara tersebut akan menyediakan peluang unik untuk para pengunjung melalui pelbagai aktiviti yang mampu membentuk pembangunan diri secara berterusan.
Antara aktiviti termasuk:
Pancasains dari Petrosains: Libatkan diri dan sekeluarga dalam pengalaman sains dan teknologi yang menarik dan interaktif.
‘EV Experience’ oleh Proton: Jelajahi teknologi kenderaan elektrik dalam industri automotif Malaysia.
Klinik Sukan: Dapatkan nasihat daripada pakar sukan untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan anda.
Pertandingan Lego: Tunjukkan kreativiti anda dalam membina dan mencipta Lego yang ikonik.
Pameran Buku dari Bookxcess: Terokai dunia ilmu pengetahuan dan sastera melalui koleksi buku yang pelbagai.
Pameran Robotik: Alami kemahiran masa hadapan dengan teknologi inovatif robotik yang menarik
Karnival Kerjaya MYFUTUREJOBS : Dianjurkan oleh PERKESO, karnival kerjaya ini bakal menampilkan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan daripada 100 majikan ternama seperti Prasarana, Proton, Air Selangor, Institut Jantung Negara dan banyak lagi.
Kelas Musik: Serlahkan bakat dan kreativiti anda bersama sesi demonstrasi dengan Yamaha.
Meningkatkan Kecerdasan Minda dan Fizikal
Majlis Penutup akan dimeriahkan dengan larian pembelajaran Learn-a-Thon yang bakal disertai lebih 4,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.
Uniknya larian ini terletak di pit stop yang membolehkan peserta belajar sambil berlari dengan pelbagai maklumat menarik.
Selain itu, acara dua hari itu juga akan menawarkan lebih daripada 60 kelas latihan untuk hampir 2,000 peserta, yang menyediakan perkongsian dalam pelbagai bidang, merangkumi lima (5) teras utama NTW iaitu Kemahiran Hidup, Kemahiran Masa Depan, Kreativiti dan Inovasi, Kemahiran Kewangan dan Pembangunan Mampan.
Antara sesi kelas latihan menarik termasuk perkongsian dari doktor dan pempengaruh terkenal Dr Malar yang akan menceritakan tentang cara terbaik mengimbangi kehidupan dan pekerjaan, Aunty HR@ Professional BImbo yang akan berkongsi tentang cuti-cuti dan hak pekerja dan juga Dr Onn Akbar yang akan membincangkan cara-cara menjaga kesihatan dengan baik.
Selebriti terkenal tanah air, Fizo Omar juga akan berkongsi pengalaman beliau dalam bidang keusahawan manakala Faizdickie akan mengadakan latihan tentang bagaimana menjadi pembuat kandungan media sosial yang tulen selain Dr Soo Winci bakal berkongsi pengalaman beliau yang bermula sebagai ratu cantik dan kini bergelar profesor cemerlang dalam bidang akademik.
Kesemua sesi ini adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Oleh itu, semua dijemput hadir di Parkir B, Stadium Bukit Jalil bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.
Untuk menyertai kelas latihan rakyat Malaysia boleh layari www.nationaltrainingweek.gov.my untuk mendaftar.
Jumpa anda di sana!
*Artikel ini adalah kandungan berbayar