NREB minta syarikat lantik pegawai alam sekitar di Sarawak
Bernama
November 24, 2012 11:07 MYT
November 24, 2012 11:07 MYT
Secara umum, terdapat kekurangan ketara pegawai alam sekitar yang bekerja dalam syarikat-syarikat di negeri ini, kata Pengawal Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Peter Sawal.
Beliau berkata semasa pengauditan Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri (CMEA) 2012, NREB mendapati syarikat-syarikat jarang sekali mengambil kerja pegawai alam sekitar berbanding pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
"Seperti yang mereka mengambil kerja pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ia adalah penting mengambil atau mungkin melatih pegawai sama untuk memahami persekitaran.
"Oleh itu, mereka boleh melaksanakan keperluan berkaitan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)," katanya pada sidang media selepas beliau dan delegasinya membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Petra Jaya di sini semalam.
CMEA merupakan anugerah alam sekitar utama bagi sektor perniagaan dan perindustrian di Sarawak.