Novel Koronavirus: Sarawak dalam keadaan berjaga-jaga

Rudi Affendi Khalik
Januari 27, 2020 12:47 MYT
Uggah (tengah) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Sarawak dalam keadaan berjaga-jaga susulan satu kes yang disyaki Novel Koronavirus dikesan di Bintulu semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Embas telah mempengerusikan mesyuarat tersebut pada pagi Isnin.
Katanya, antara tindakan segera yang diambil termasuklah melakukan penyelarasan di antara agensi dengan menambah aset dan peralatan untuk mengesan pembawa virus di pintu-pintu masuk negeri.
" Mesyuarat turut memutuskan instrumen baharu untuk memantau setiap individu yang memasuki pintu masuk utama negeri ini," katanya.
Satu polisi baharu dan pelan tindakan holistik juga akan diumumkan pada 29 Januari ini untuk menangani kes itu katanya.
Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
#Bintulu #Datuk Amar Douglas Embas #koronavirus #novel koronavirus #Sarawak berjaga-jaga #tindakan holistik
;