Nova 5T dilengkapi lima teknologi AI
Wan Syamsul Amly
September 7, 2019 17:00 MYT
September 7, 2019 17:00 MYT
Huawei nova 5T yang dilengkapi dengan kamera Pro Grade kini boleh didapati di pusat jualan Huawei di seluruh negara.
Dijual pada harga mampu milik iaitu RM1,599 seunit , ia didatangkan dengan lima teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk empat kamera di bahagian belakang peranti itu.
Ia terdiri daripada kamera utama dengan saiz 48 megapiksel (MP); kamera ultra luas (16 MP); kamera makro (dua MP) dan kamera 'depth' pada saiz dua MP.
Kamera depan 32MP pula mampu memberi kejelasan berganda dan memenuhi semua jenis senario termasuk panorama.
Bagi pengurus projek, Sharulnizam Shafiee, pemilihannya kepada nova 5T adalah kerana kecanggihan kameranya.
"Sebelum ini saya guna nova 3i, untuk model terbaharu ini, dengan kamera yang lebih baik dan spesifikasi lebih baik dari sebelum ini.
"Saya memang pengguna Huawei dari zaman 2i, saya ikut, ini yang terbaharu, saya ambil model terbaharu," katanya ketika ditemui selepas memiliki nova 5t di sini, pada Sabtu.
Nova 5T turut menggunakan set cip terunggul HUAWEI bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia.
Dual NPU miliknya pula yang dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM serta 128GB ROM yang terdiri daripada teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1.
Sementara itu, kakitangan awam, Faizul Azhar memberitahu, peranti itu menarik perhatian terutama kepada golongan muda.
"Saya dapati harganya beresuaian, kamera 48 MP, sesiapapun mampu beli telefon bimbit ini, rekabentuk cantik, warna bukan biasa-bisa, menarik orang-muda cari kelainan," jelasnya.
Nada sama diberi pekerja swasta, Iryana Ibrahim yang melihat teknologi pengecasan satu tarikan untuk memiliki peranti berkenaan.
"Untuk orang muda, generasi akan datang, swafotonya bagus, warna cantik, kapasiti penyimpanan besar berbanding telefon lain, pengecasannya terbaik," katanya tentang peranti yang dilengkapi perisian kelas pertama itu.
Merupakan telefon nova generasi kelima, ia juga hadir dengan tiga warna memukau iaitu 'midSummer purple', 'crush blue' dan hitam.
Turut ditampilkan logo HUAWEI nova baharu yang menyatukan empat unsur, n-o-v-a ke dalam monogram yang unik, bagi mewakili generasi muda, meraikan kebahagiaan, inovasi dan kebebasan.
Dengan setiap pembelian, pengguna dapat menikmati ganjaran berganda sehingga RM1,127.
Jumlah itu meliputi tawaran bernilai RM1,000 daripada rakan-rakan Huawei yang disenaraikan melalui Aplikasi Member Center yang boleh dimuat turun melalui Huawei AppGallery dan Huawei SuperCharge Car Charger yang berharga RM127.
Antara rakan HUAWEI yang mengambil bahagian adalah Sunway Lagoon (diskaun 37 peratus untuk tiket masuk), Puma, baucar DahMakan, Celebrity Fitness, Baskin-Robbins dan Photobook Malaysia
Dalam pada itu, Huawei turut melancarkan siri tablet terbaru keluarannya iaitu MediaPad M5 Lite yang sesuai untuk semua golongan.
Pengguna terawal yang membeli bakal menerima pelbagai hadiah eksklusif termasuk Huawei CM510 speaker mini dan Huawei M Pen bernilai RM268.