#Nothing2Hide: Penganjur akan akan umum tarikh baharu 'Dialog PM bersama NGO'
Syafique Shuib
Jun 5, 2015 11:13 MYT
Jun 5, 2015 11:13 MYT
Setelah program 'Dialog PM bersama NGO' dibatalkan pagi tadi, pihak penganjur akan mengadakan postmortem dan mendapat tarikh yang baharu.
Pengerusi Sukaguam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan tarikh baharu.
"Kami akan tingkatkan keselamatan supaya program seterusnya dapat berjalan dengan lancar.
"Kami kesal kerana program bijaksanaan menjadi kecoh pagi tadi. Kita kesal dengan tindakan provokasi mana-mana pihak yang ingkar arahan polis. Program ini dianjurkan agar rakyat dapat bertukar padangan dengan pemimpin," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis dibatalkan.
'Dialog PM bersama NGO' sepatutnya berlangsung pada 9 pagi dan sekitar jam 9.30pagi, juruacara berkata acara ini tidak terbuka kepada pihak media dan media diarah untuk beredar dari dewan.
Pada jam 9.40pagi, pihak NGO dan wakil media masih menanti ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, Najib dilihat tidak hadir sehingga majlis selesai.