#Nothing2Hide: Kenyataan TMJ dapat sokongan netizen
Madiha Abdullah
Jun 6, 2015 09:39 MYT
Jun 6, 2015 09:39 MYT
Antara yang menarik perhatian semalam adalah sesi dialog Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama NGO, #Nothing2Hide, yang dibatalkan, dan ketidakhadiran Najib.
Pembatalan itu membawa kepada banyak spekulasi, dan salah seorang yang nampaknya punya pendapat sendiri ialahTengku Mahkota Johor, Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Baginda memuat naik satu status berkaitan #Nothing2Hide di laman Facebook Johor Southern Tigers, dengan menyatakan baginda tidak terkejut apabila Najib tidak hadir.
“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk #Nothing2Hide dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?
“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” titah baginda.
Menerusi status tersebut, pewaris takhta Johor yang popular dengan panggilan TMJ itu, turut bertitah pemimpin tidak sepatutnya menyalahkan rakyat jika mereka hilang keyakinan, tetapi sebaliknya melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu.
Di laman sosial, ramai yang nampaknya bersetuju dengan pandangan TMJ.
Sesi dialog Nothing2hide dijadualkan berlangsung pagi semalam, namun dibatalkan oleh polis, didakwa atas faktor keselamatan.
#Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Nothing2Hide
#Tengku Mahkota Johor
#Tun Mahathir Mohamad