Normal baharu: Pusat beli-belah tingkatkan SOP, langkah keselamatan
Umavathi Ramayah
Mei 2, 2020 20:23 MYT
Mei 2, 2020 20:23 MYT
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan pengoperasian semula hampir kesemua sektor ekonomi termasuk peruncitan mulai Isnin ini dijangka menyaksikan peningkatan berganda pengunjung ke premis-premis beli belah terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pusat beli-belah adalah antara sektor peruncitan yang memberi sumbangan kepada ekonomi negara, namun demikian, pembukaan semula premis berkenaan seharusnya diselaraskan dengan pematuhan langkah berjaga-jaga supaya keluk COVID-19 yang dilihat hampir rata tidak melonjak semula.
Bercakap pada forum Virtual Roundtable yang membincangkan persediaan mengenai pembukaan semula sektor peruncitan, Ketua Pegawai Operasi Pusat Beli-Belah Sunway, Kevin Tan berkongsi mengenai enam langkah yang dipraktikkan oleh pusat beli-belah itu, seperti berikut:
- Mempertingkatkan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah keselamatan termasuk penjarakan sosial.