Normal Baharu: Amy, Anuar Zain antara penyeri 'Arena Cahaya Harapan Sinaran Untuk Malaysia'

Astro Awani
April 22, 2020 17:06 MYT
Arena Cahaya, nyanyian asal Zee Avi sebagai lagu runut bunyi filem Ola Bola, ia memberikan mesej positif dalam melodi dan nukilan Zee serta Rendra Zawawi.
Sebagai satu harapan dan kewajipan sosial untuk sama-sama mengembleng tenaga dan kreativiti dalam menangani penularan COVID-19 yang melanda dunia #HopeForMalaysians diwujudkan bagi menyemarakkan semangat serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia.
Melalui lagu Arena Cahaya, nyanyian asal Zee Avi sebagai lagu runut bunyi filem Ola Bola, ia memberikan
mesej positif dalam melodi dan nukilan Zee serta Rendra Zawawi, terlintas di fikiran anak rantau Malaysia yang bekerja di Jakarta, Indonesia untuk muncul dengan idea ini.
Pasangan suami isteri, Denys Munang dan Munirah Kader Shah serta sahabat mereka Mike Manicka muncul dengan idea menggabungkan 27 penggiat seni dari pelbagai genre untuk menyampaikan isi hati positif ini kepada umum.
Zee Avi yang menyambut baik idea kreatif ini terharu dengan sumbangan dan keikhlasan yang dihulurkan oleh 26 penggiat seni lain untuk sama-sama mendendangkan mesej Arena Cahaya.
“Untuk memperoleh bakat-bakat istimewa dan handal Malaysia bersama menyanyikan lagu saya, Arena Cahaya merupakan satu penghormatan. Para penggiat seni bersatu untuk membantu memberi inspirasi pemikiran yang penuh harapan.
"Sama seperti lagu tersebut, ia ditulis untuk mengeratkan kita bersama bukan hanya sebagai sebuah negara tetapi sebagai individu yang berhadapan cabaran. Namun saya percaya bahawa kita akan sama-sama berjaya dan kuat untuk melalui detik-detik ini jika kita beringat untuk bekerja secara kolektif bagi memastikan diri kita serta orang yang kita sayangi selamat dan sihat hendaknya,” ujar Zee Avi mengenai lagu yang diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment dan Monotone Inc ini.
Idea untuk membentuk vokal harmoni seramai 27 penggiat seni dilakukan dalam masa dua minggu dan dilancarkan hari ini, Rabu 22 April 2020, serentak di laman sosial.
Penggiat-penggiat seni yang terlibat dalam video adalah Zee Avi, Anuar Zain, Leaism, Bihzhu, Dasha Logan, P’ie Ramayan, Vince Chong, Dina Nadzir, Aina Abdul, Misha Omar, Myo OCK, Datin Tiara Jacquelina, Acap Salammusik, Alena Murang, Daniel Lee, Elvira Arul, Dayang Nurfaizah, Ella , Lah Ahmad, Adibah Noor, Mayabayu, Marsha Milan, Santosh Logandran, Liza Hanim, Noryn Aziz, Rich Gimbang dan Datin Sri Siti Nurhaliza.
Manakala di permulaan lagu ini, Amy Search dengan berbesar hati menyampaikan mesej dan ucapan terima kasih buat penggerak hadapan Malaysia.
Marilah kita bersama-sama ‘meraikan’ lagu dan semangat positif ini untuk diterapkan dalam setiap hati cahaya-cahaya rakyat Malaysia.
Mesej di akhir lagu:
Terima kasih untuk semua Penggerak Hadapan atas dedikasi, sumbangan dan kejituan hati dalam menangani pandemik Covid 19. Mari bersama-sama menadah tangan, memeluk doa dan sama-sama menangani polemik ini serta berganding tangan bersama Penggerak Hadapan. Kalian adalah inspirasi untuk kami semua dan merupakan Perwira Bersejarah Malaysia. Ucapan terima kasih tidak setara dengan usaha dan jasa kalian.
#thankyoufrontliners
#hopeformalaysians
#Kitajagakita
#dudukrumah #stayhome
#praytogether
#wecandothis
#strongertogether
#COVID19 #dudukrumah #hopeformalaysians #KitaJagaKita #koronavirus #Malaysia #praytogether #stayhome #strongertogether #thankyoufrontliners #wecandothis
;