Norieen Yaakob, murid SK Tohoi yang hilang 47 hari semakin pulih dari trauma

Astro Awani
Oktober 5, 2016 11:27 MYT
Menurut Midah (duduk kiri) anaknya Norieen (duduk kanan) masih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan pada 11 Oktober dan 8 November ini di Hospital Kota Bharu. - Foto Astro AWANI
Norieen Yaakob, 11, seorang murid orang asli dari Sekolah Kebangsaan Tohoi yang terbabit dalam insiden hilang selama 47 hari di hutan Pos Tohoi, Gua Musang tahun lalu telah mula bertambah baik dan kelihatan semakin ceria bersama keluarga di Kampung Penad, Pos Simpor.
Menurut Ibu Norieen, Midah Angah anaknya dilihat semakin melupakan insiden tersebut malah kesihatannya juga bertambah baik.
Bagaimanapun, Norieen masih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan pada 11 Oktober dan 8 November ini di Hospital Kota Bharu.
“Norieen minat membaca, melukis dan dia hendak ke sekolah lagi tapi saya tidak boleh beri dia bersekolah di Pos Tohoi kerana trauma dengan insiden ini,” jelas Ibu Norieen.
GALERI FOTO: Misteri kehilangan murid Orang Asli SK Tohoi
BACA: Norieen, Miksudiar belum mulakan persekolahan mereka
VIDEO: Murid Orang Asli trauma masih belum mahu ke sekolah
Midah juga menyuarakan kebimbangan tentang masa depan anaknya yang masih belum memulakan sesi persekolahan sejak insiden tahun lalu.
Dia bersedia untuk membenarkan Norieen bersekolah tetapi bukan di sekolah lamanya di SK Tohoi.
Pada 23 Ogos tahun lalu, Norieen bersama seorang lagi rakannya Mirsudiar Aluj, 12 tahun ditemui dalam keadaan cengkung dan tidak bermaya manakala empat lagi rakannya meninggal dunia dan seorang lagi gagal dijumpai sehingga kini.
#Norieen yaakob #orang asli hilang #Pos Tohoi
;