Noridah dilantik sebagai KSU Kementerian Perpaduan
Astro Awani
Januari 5, 2022 12:20 MYT
Januari 5, 2022 12:20 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Noridah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha.
Noridah, anak kelahiran Jerantut, Pahang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha di kementerian yang sama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut.
"Tahniah dan syabas kepada Datuk Noridah Abdul Rahim di atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara,” kata Halimah dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.