Norhafizah mahu hukuman setimpal dikenakan

Astro Awani
Disember 18, 2012 21:14 MYT
Susulan kes kanak-kanak mati dipercayai didera di Alor Setar Kedah, ibu mangsa mahu teman lelakinya dikenakan hukuman setimpal
Norhafizah Othman, 25 tahun masih tidak dapat menerima hakikat anaknya Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dua tahun jadi mangsa perlakuan kejam kekasih sendiri.
Menurut Nofhafizah, Faiz ditinggalkan dalam jagaan suspek sebelum keluar bekerja pada jam 12 tengahari Isnin.
Bagaimanapun 3 jam kemudian, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan anaknya sudah tidak bernyawa.
Norhafizah yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Alor Setar berkata dia sempat menunaikan permintaan Faiz sebelum ke tempat kerja.
“Pagi hari kejadian, Faiz megatakan dia ingin makan ayam masak kicap. Saya tunaikan permintaannya dan dia makan sehingga habis satu mangkuk,” kata Nprhafizah.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V.Saravanan berkata, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa cedera teruk di bahagian usus termasuk putus pankreas selain kesan lebam dan cubitan di kemaluan.
Sementara itu polis menahan suspek lelaki berusia 28 tahun di rumahnya di Kubang Rotan Kuala Kedah kira-kira pukul 3 pagi hari Selasa.
Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
#Alor Setar #kanak-kanak mati didera #Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar #Norhafizah Othman
;