Noraini dilantik YDP MPK Klang baharu
Sinar Harian
Januari 12, 2022 06:45 MYT
Januari 12, 2022 06:45 MYT
KLANG: Bekas Datuk Bandar Subang Jaya (MBSJ), Noraini Roslan mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang baharu.
Noraini, 58, mengisi jawatan ditinggalkan Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri.
Noraini dalam ucapan sulungnya meluahkan hasrat menjadikan Klang sebagai sebuah perbandaran yang aman dan sejahtera untuk semua penduduk.
“Klang penuh dengan potensi pembangunan dan MPK perlu menyediakan perkhidmatan terbaik tanpa meninggalkan mana-mana golongan.
“Warga MPK perlu memikul tanggungjawab ini dan misi untuk mencapai status bandar raya harus diperkasakan bermula sekarang,” katanya selepas majlis angkat sumpah di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi MPK di sini pada Rabu.
Noraini berkata, tumpuan juga akan diberikan terhadap pembangunan ekonomi dan keperluan penduduk dari segi penempatan, pengangkutan dan kelestarian alam sekitar ke arah kehidupan warga Klang yang bestari.
*Berita asal di Sinar Harian
#noraini roslan
#Bekas Datuk Bandar Subang Jaya
#Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin
#Dewan Mesyuarat Raja Mahadi MPK