Noraini dijangka umum status pengoperasian IPT tengah hari ini
Afiezy Azaman
September 14, 2021 11:33 MYT
September 14, 2021 11:33 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan satu sidang media berkaitan Pengoperasian Institusi Pengajian Tinggi (IPT), hari ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dijangka mengumumkan perkara tersebut pada pukul 1 tengah hari.
Saksikan pengumuman tersebut melalui saluran Astro 501 dan semua laman media sosial Astro AWANI serta aplikasi Astro AWANI.
Paad 3 Sept lalu, Noraini berkata, KPT merancang membuka semula IPT untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober.
Rancangan itu adalah melalui Pelan Pemulihan IPT dan selari dengan usaha membolehkan pelajar pulang ke IPT apabila kesemuanya lengkap divaksin.
Ia seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi perutusan khas beliau pada 22 Ogos lalu.