Nombor Plat 'V' di KL: Tempahan dibuka mulai 15 Julai 2016

Astro Awani
Julai 14, 2016 10:27 MYT
Nombor plat 'V' menggantikan siri nombor bermula dengan huruf 'W' di Kuala Lumpur sebelum ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempahan bagi siri pertama Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri V untuk Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur akan dibuka pada 15 Julai 2016 sehingga 12.00 tengahari 28 Julai 2016.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut hari ini, orang ramai boleh menyemak panduan dan syarat-syarat lanjut mengenai tempahan nombor plat 'V' di laman web rasmi JPJ.
Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan “V” menggantikan siri nombor plat Kuala Lumpur yang bermula dengan huruf “W” sebelum ini.
MESTI BACA: 'F' untuk Putrajaya, 'V' untuk KL mulai Jun
#JPJ #nombor plet V #Wilayah Persekutuan