Nombor plat PPD1 dibida pada harga RM120,000
Astro Awani
September 25, 2019 12:44 MYT
September 25, 2019 12:44 MYT
Nombor pendaftaran kenderaan PPD1 berjaya dibida pada harga RM120,000 manakala nombor
pendaftaran PPD9 pula dibida pada harga RM53,888.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan, siri nombor pendaftaran PPD telah dibuka bagi tempahan bermula 19 September lalu sehingga Isnin sebelum pembida yang berjaya diumumkan pada Rabu
Jumlah kutipan permohonan yang berjaya bagi siri PPD mencecah RM1,106,545 dan ini adalah siri kedua JPJ menggunakan sistem online iaitu JPJeBid selepas siri PPC yang berjaya mengutip RM969,738,
Sementara itu, sebanyak 796 pembida telah melakukan bidaan bagi siri itu dengan 376 daripadanya adalah pembida yang berjaya.
Bagaimanapun JPJ tidak mendedahkan identiti pemilik nombor pendaftaran tersebut.