Nilai R-naught negara 1.03, Labuan kekal tertinggi

Astro Awani
Jun 4, 2021 21:27 MYT
R-naught negara turun kepada 1.03 pada Jumaat berbanding 1.06 pada hari sebelumnya. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia pada Jumaat terus menunjukkan penurunan.
Angka itu turun kepada 1.03 pada Jumaat berbanding 1.06 pada hari sebelumnya.
Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.
Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.36.
Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Perlis, Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
Empat negeri, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Sarawak merekodkan R-Naught 1.06.
Sementara Kelantan dan Johor 1.05, Kedah pula mencatatkan R-Naoght 1.0
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#R-Naught #COVID-19 #PKP #kes positif #Kedah #Perlis #kadar kebolehjangkitan #perintah kawalan pergerakan #Kuala Lumpur