PUTRAJAYA: Biarpun dikenakan kompaun RM10,000, itu tidak bermaksud penerima kompaun berkenaan perlu menjelaskan jumlah tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, tertuduh, sebaliknya, masih boleh merayu di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah atau di mahkamah.
Katanya lagi, jumlah itu boleh dikurangkan berdasarkan budi bicara pegawai diberikuasa atau majistret yang mengadili kes berkenaan.
“Misalnya kalaulah pegawai polis yang diberikuasa oleh Ketua Pengarah Kesihatan untuk Akta 342, dia boleh memberikan kompaun, dia mempunyai budi bicara dalam melaksanakan bidang kuasa.
“Sebab itu Ordinan ini menyebutkan tidak melebihi RM10,000. Kalau tidak, apa sebab dia letak tidak melebihi jumlah itu. Ia boleh jadi RM100, atau mungkin RM1,000... terpulang pada jenis kesalahan yang dilakukan oleh individu tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bagi menjelaskan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021, yang berkuatkuasa hari ini.
Mulai hari ini, mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh pelaksanaan Darurat, boleh dikenakan denda sehingga RM10,000, berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Terdahulu, tular mengenai seorang individu dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mencatat kehadiran sama ada melalui buku catitan atau aplikasi MySejahtera di sebuah restoran di ibu negara.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, tidak mustahil untuk individu berkenaan dilepaskan hanya dengan amaran jika rayuan mempunyai asas yang kukuh.
"Tak perlu bayar pada ketika itu juga. Pergilah ke Pejabat Kesihatan, jumpa pegawai yang diberikan kuasa.
"Kalau nak lagi, boleh pergi ke mahkamah. Senang untuk mitigate. Tapi tak ramai orang nak pergi ke mahkamah. Majistret boleh siap discharge kalau benda itu first offender dan sebagainya," jelas beliau lagi.
Berhubung tempoh pelaksanaan Ordinan Darurat bagi mengekang penularan berita tidak benar, Takiyuddin menegaskan, ia mempunyai jangka hayat iaitu sehingga enam bulan selepas tempoh Darurat tamat.
Tegasnya lagi, kerajaan sama sekali tidak boleh menukar Ordinan berkenaan menjadi Rang Undang-undang melalui Parlimen.
Firdaus Azil
Fri Mar 12 2021
![Nilai kompaun RM10,000 boleh kurang jika buat rayuan - Takiyuddin Nilai kompaun RM10,000 boleh kurang jika buat rayuan - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71592365389_SamanTrafik.jpg)
Jumlah kompaun RM10,000 boleh dikurangkan berdasarkan budi bicara pegawai diberikuasa atau majistret yang mengadili kes berkenaan, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Gambar hiasan
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721172424_tbGrandHyattErawan.jpg)
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
![Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
![Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
![DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703944302_DBKL.jpg)
DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).
![Isu lalat: JPVPP tegas, konsisten jalankan penguatkuasaan Isu lalat: JPVPP tegas, konsisten jalankan penguatkuasaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719573058_TBSairaBanu.jpg)
Isu lalat: JPVPP tegas, konsisten jalankan penguatkuasaan
JPVPP keluarkan enam kompaun antara 19 Feb dan 30 April ke atas ladang unggas yang melakukan kesalahan berkaitan masalah lalat dan berenga.
![KPDN Sabah ambil tindakan 544 kes libat rampasan RM5.18 juta tahun ini KPDN Sabah ambil tindakan 544 kes libat rampasan RM5.18 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718544327_tbPengarahKPDNSaba.jpg)
KPDN Sabah ambil tindakan 544 kes libat rampasan RM5.18 juta tahun ini
KPDN Sabah telah mengambil tindakan ke atas 544 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan RM5.18 juta untuk tempoh antara 1 Jan lepas sehingga semalam.
![KKM keluarkan kompaun kesalahan merokok RM1.6 juta pada Mei KKM keluarkan kompaun kesalahan merokok RM1.6 juta pada Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718366658_SMOKING.jpg)
KKM keluarkan kompaun kesalahan merokok RM1.6 juta pada Mei
16,355 notis kesalahan dikeluarkan daripada 29,098 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
![Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717728434_IrNoorazmanSoud.jpg)
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
![Jabatan Kesihatan keluar 148 kompaun kepada peniaga bazar Ramadan di Terengganu Jabatan Kesihatan keluar 148 kompaun kepada peniaga bazar Ramadan di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Jabatan Kesihatan keluar 148 kompaun kepada peniaga bazar Ramadan di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan 148 kompaun berjumlah RM15,450 kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri setakat Ahad lepas.
![15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan 15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711074390_TBladangbabijp.jpg)
15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.
![8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi 8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696481353_MuhammadRadzi.jpg)
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
![Kontraktor wajib pastikan PPK sentiasa sah - CIDB Kontraktor wajib pastikan PPK sentiasa sah - CIDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675821773_bahanbinaan.jpg)
Kontraktor wajib pastikan PPK sentiasa sah - CIDB
Ia perlu diaktifkan sebelum melakukan sebarang aku janji, menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan pendakwaan.
![Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705409442_NyamukAedesJentik.jpg)
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.