NILAI wang kripto Bitcoin meningkat kepada AS$106,449 (~RM475,188) awal pagi tadi hari yang sekali lagi adalah yang tertinggi dalam sejarah.


Ringkasan AI
  • Nilai Bitcoin mencapai rekod tertinggi AS$106,449 (RM475,188) awal pagi tadi, sebelum turun sedikit ke AS$104,615 (RM467,000).
  • Nilai Bitcoin meningkat mendadak selepas kemenangan Donald Trump bulan lalu, dari sekitar AS$76,000.
  • Polisi mesra kripto yang dijanjikan oleh Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat menjadi pemangkin kepada peningkatan harga Bitcoin dan mata wang kripto lain.


Namun begitu semasa artikel ditulis, ia kembali turun ke sekitar AS$104,615 (~RM467,000) yang masih lagi lebih tinggi berbanding AS$97,000 yang dicatatkan Isnin lalu.

Nilai Bitcoin naik mendadak selepas kemenangan Donald Trump bulan lalu selepas terapung sekitar AS$76,000 sejak sekian lama.

Polisi mesra kripto yang akan dilakukan oleh Trump apabila menjadi Presiden Amerika Syarikat menjadi pemangkin kepada peningkatan harga bukan sahaja Bitcoin tetapi juga mata wang kripto yang lain. -Amanz