Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun
Syafique Shuib
Mei 17, 2013 10:52 MYT
Mei 17, 2013 10:52 MYT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia untuk PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini.
Melalui akaun Twitter milik beliau @niknazmi, perbicaraan seterusnya ialah pada 4 Jun.
Nik Nazmi didakwa berikutan perhimpunan, juga dikenali #Black505, di mana puluhan ribu rakyat Malaysia berkumpul di stadium Kelana Jaya untuk membantah keputusan pilihan raya negara yang didakwa berasaskan oleh penipuan.
Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak penganjur gagal menyerahkan notis sebelum acara itu pada 8 Mei.