Nik Nazmi dibebaskan sekali lagi atas dakwaan yang sama
Astro Awani
Mei 6, 2014 18:04 MYT
Mei 6, 2014 18:04 MYT
Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan tetapi tidak melepaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad daripada dakwaan kali kedua melanggar Akta Perhimpunan Aman (PAA).
Hakim, Yasmin Abdul Razak memutuskan, Nik Nazmi telahpun dibebaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Katanya, pendakwaan sepatutnya meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.
Awal hari ini, Nik Nazmi didakwa semula mengikut Seksyen 9(5) PAA kerana didakwa gagal mengeluarkan notis 10 hari mengikut Seksyen 9(1) akta sama, ketika menganjurkan perhimpunan 'Black 505'.
Perhimpunan berkenaan berlangsung di Stadium Kelana Jaya tidak lama selepas pilihan raya umum tahun lalu.
Tuduhan itu serupa dengan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya di mahkamah sama tahun lalu selepas perhimpunan 8 Mei itu.
Berita penuh di sini.