Nik Aziz: Pas tidak memecat Nasharuddin
Irwan Muhammad Zain
Februari 3, 2013 21:10 MYT
Februari 3, 2013 21:10 MYT
Pas tidak memecat bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa biarpun beliau lantang bersuara termasuk menyentuh hubungan Pas dan DAP.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan ia terpulang kepada Nasharuddin untuk mengkritik dan bersuara.
Nik Aziz juga memberitahu beliau tidak berdendam dengan Nasharuddin.
“Ikut dia kata lah, bila orang dah kena cerai ni dia nak menangis dia punya pasal lah. Kita sekarang tak boleh pecat lagi dia, ikut dia lah,” kata beliau.
Nik Aziz berkata demikian ketika di tanya sama ada Nasharuddin digugurkan dari Majlis Syura Ulama kerana dendam lamanya terhadap ahli parlimen Bachok itu.
Ini kerana Nasharuddin pernah menyatakan bahawa pengugurannya dari Majlis Syura Pas pusat bersifat dendam kerana kelantangannya bersuara.
Sementara itu, Nik Aziz sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Pas Kelantan akan mengikuti Pusat dalam soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Nik Aziz menjelaskan, adalah menjadi pendirian Pas Kelantan untuk membubarkan DUN serentak dengan parlimen walaupun Selangor bercadang membubarkannya secara berasingan.