Nik Aziz dimasukkan ke ICU
Astro Awani
Januari 20, 2015 22:03 MYT
Januari 20, 2015 22:03 MYT
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, 83 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang tadi.
Berita berkenaan dikongsikan oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh di laman Facebooknya.
“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini.
Insya Allah saya akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang,” katanya.
Sementara itu, pada Isnin gambar bekas Menteri Besar Kelantan itu yang terbaring uzur sambil ditemani anggota keluarga dalam sebuah bilik telah mula ‘viral’ di media sosial.
Namun Bernama melaporkan, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai berkata bahawa gambar tersebut merupakan gambar lama.