Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Bernama
Jun 14, 2023 16:41 MYT
Jun 14, 2023 16:41 MYT
LAGOS: Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa, lapor Xinhua.
Sejumlah 13 negeri terjejas, kata ketua pengarah NCDC, Ifedayo Adetifa, pada persidangan kajian semula rancangan kolera kebangsaan di Abuja, ibu negara Nigeria.
Agensi kesihatan mengambil langkah untuk mengukuhkan pencegahan, kawalan dan pengurusan wabak taun termasuk melabur dalam infrastruktur air bersih dan sanitasi, menggalakkan amalan kebersihan, menyediakan akses kepada vaksin dan rawatan dan menjalankan pengawasan dan pemantauan wabak taun, kata Adetifa.
Pegawai itu berkata bahawa kolera boleh dicegah dan semua pihak berkepentingan harus mengambil langkah-langkah perlu untuk menghentikan penyebaran penyakit itu sepenuhnya.
Taun ialah penyakit cirit-birit akut yang disebabkan oleh jangkitan pada usus dengan bakteria 'vibrio cholera'.
-- BERNAMA