'Nidza Afham pernah cakap mahu jadi terkenal, tapi bukan macam ini' - Kakak
Gempak
Ogos 15, 2024 14:09 MYT
Ogos 15, 2024 14:09 MYT
KAKAK kepada Allahyarham penyanyi Nidza Afham iaitu Irfahanie memaklumkan adiknya itu pernah berhasrat untuk menjadi penyanyi terkenal.
Menurut Irfahanie Nidza, 23, dia bagaimanapun tidak menyangka kini Allahyarham menjadi terkenal tapi dalam keadaan yang berbeza.
“Afham pernah cakap dia nak jadi terkenal.
“Satu Malaysia kenal adik Kekfa sekarang tapi bukan camni (macam ini) Am, bukan macam ni. Allah....,” kongsinya di ruangan platform X.
Adik Yang Baik
Kongsi Irfahanie, adik lelakinya itu sangat baik dan seorang yang menurut kata.
“You are the kindest human ever existed in my life. You will never say no to us.
“Your jokes, your silly whatsapp stickers.
“Still can’t believe this happened. Allah sayang orang baik. Kami sayang Am sangat,” ciapnya lagi diserta tangkap layar yang memaparkan perbualan mesej antara mereka.
Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.
Teman wanita mangsa kemudiannya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam adalah Nidza Afham.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.
Jenazah melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah. - Gempak