Niat sara keluarga tidak kesampaian, lelaki maut rempuh lori simen
Adie Sufian Zulkefli
Disember 27, 2018 12:23 MYT
Disember 27, 2018 12:23 MYT
Niat bekerja untuk membantu menyara keluarga tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja.
Mangsa, Mohamad Hafiz Mat, 28 tahun, yang berasal dari Pasir Mas Kelantan baru setahun berkerja di kilang membuat plastik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi Khamis, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM Bonus tidak nampak lori simen yang ketika itu dipakir di bahu jalan di Kilometer 106.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan..
Ketika itu mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kawasan Perindustrian Bakar Arang manakala lori tangki dari arah Alor Setar untuk menghantar simen di Tasek Gelugor, Butterworth.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Adzli Abu Shah, memaklumkan pemandu lori simen itu terpaksa memberhentikan lori di lorong kecemasan untuk menukar tayar selepas tayar sebelah kiri pecah.
Katanya, pada masa sama motosikal yang ditunggang mangsa yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori tangki itu.
Akibat rempuhan itu mangsa mengalami cedera parah dikepala dan badan seleps motosikal mangsa remuk akibat tersepit di bahagian belakang lori.
Mangsa mati maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa di hantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
#Hospital Sultan Abdul Halim
#HSAH
#Jabatan Forensik
#kemalangan
#lori simen
#mangsa
#maut
#mayat
#SYM Bonus