KUALA LUMPUR:Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat turun padang mengagihkan bantuan barangan keperluan di Sabah, diminta mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu perlu bagi memastikan kawasan yang perlu diberi bantuan tersebut selamat, sekali gus mengelakkan mereka daripada dijangkiti COVID-19.
"Banyak kawasan di Sabah yang mana hampir keseluruhannya telah menjadi Zon Merah dan kita tidak tahu di mana dan siapa yang menjadi pembawa (COVID-19).
"NGO-NGO ini perlu jumpa KKM untuk dapatkan nasihat berhubung situasi kawasan berkenaan selain mereka dapat pastikan kawasan tersebut benar-benar selamat untuk mereka mengedarkan bantuan berkenaan, " katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, semalam.
Beliau berkata selain itu pihak NGO juga disaran bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah supaya urusan pengagihan barangan bantuan berkenaan lebih sistematik dan tersusun.
Katanya, menerusi kerjasama itu agihan bantuan turut dapat diselaraskan mengikut kawasan dan keperluan penduduk di Sabah.
"Kita tidak mahu nanti ada kawasan yang dapat (barangan) lebih, ada kawasan yang dapat kurang.
"Apabila NGO jumpa dengan jawatankuasa negeri, agihan ini boleh diselaraskan dengan sempurna, " katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata pelajar yang perlu ke luar negara bagi menyambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu, dibenarkan berbuat demikian.
Bagaimanapun katanya, mereka perlu mengemukakan bukti seperti surat tawaran, surat menyambung pengajian dan jadual belajar daripada universiti masing-masing kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
"Ibu bapa yang mahu menghantar dan menemani anak-anak mereka ke luar negara terutamanya bagi pelajar baharu juga dibenarkan dengan had dua orang sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020
![NGO diminta dapatkan nasihat KKM sebelum edar bantuan ke Sabah - Ismail Sabri NGO diminta dapatkan nasihat KKM sebelum edar bantuan ke Sabah - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602969836_BakulMakanan.jpg)
NGO juga disaran bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah supaya urusan pengagihan barangan bantuan lebih sistematik dan tersusun. - Gambar hiasan
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
![NGO Malaysia sambut Hari Peringatan Genosid NGO Malaysia sambut Hari Peringatan Genosid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705830023_SyedHamidAlbar.jpg)
NGO Malaysia sambut Hari Peringatan Genosid
Acara kemuncak GMD 2024 ialah ucaptama yang disampaikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar, bertajuk "Never Again - Genocide in Gaza Repeating History".
![Pihak berkuasa Perak digesa pulihara dua geotapak Kinta Pihak berkuasa Perak digesa pulihara dua geotapak Kinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622044761_MeorRazakMeorAbdu.jpg)
Pihak berkuasa Perak digesa pulihara dua geotapak Kinta
Dua geotapak di dalam Geopark Kebangsaan Lembah Kinta, Gunung Kanthan dan Taman Eko Rimba Hulu Kinta berdepan risiko pemusnahan.
![NGO tidak dibenarkan masuk kawasan TEMCO - MB Kedah NGO tidak dibenarkan masuk kawasan TEMCO - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597059180_MuhammadSanusiMdN.jpg)
NGO tidak dibenarkan masuk kawasan TEMCO - MB Kedah
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO) di negeri ini.
![e-sistem untuk NGO mohon dana diaktifkan semula sebulan lepas - EXCO Perak e-sistem untuk NGO mohon dana diaktifkan semula sebulan lepas - EXCO Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71596547435_RazmanZakariaExc.jpg)
e-sistem untuk NGO mohon dana diaktifkan semula sebulan lepas - EXCO Perak
Kerajaan negeri Perak menerima sebanyak 200 permohonan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang ingin mendapatkan dana menerusi e-sistem yang telah diaktifkan semula sebulan lepas.
![Pengerusi My_CrimeWatch hadapi dua pertuduhan mahkamah berkaitan komunikasi palsu Pengerusi My_CrimeWatch hadapi dua pertuduhan mahkamah berkaitan komunikasi palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591334041_PENGERUSIPERTUBUHAN.jpg)
Pengerusi My_CrimeWatch hadapi dua pertuduhan mahkamah berkaitan komunikasi palsu
Sanjeevan, 36, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaluddin.
![COVID-19: Lantik NGO berdaftar elak pertindihan kerja, maklumat - Aktivis masyarakat COVID-19: Lantik NGO berdaftar elak pertindihan kerja, maklumat - Aktivis masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51585556385_Aktivismasyarakat.jpg)
COVID-19: Lantik NGO berdaftar elak pertindihan kerja, maklumat - Aktivis masyarakat
Langkah itu juga bagi memastikan keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi semua pihak termasuk NGO.
![10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun berkait tabiat merokok. Anda mahu jadi statistik? 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun berkait tabiat merokok. Anda mahu jadi statistik?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41545029231_Rokok.jpg)
10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun berkait tabiat merokok. Anda mahu jadi statistik?
Anda mungkin salah seorang daripada 10,000 rakyat Malaysia yang mati setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok.
![Tiga NGO sepakat dalam penguatkuasaan larangan merokok Tiga NGO sepakat dalam penguatkuasaan larangan merokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542613382_MEROKOK.jpg)
Tiga NGO sepakat dalam penguatkuasaan larangan merokok
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat dalam penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
![AirAsia, (RED) dan 88Rising bekerjasama banteras AIDS AirAsia, (RED) dan 88Rising bekerjasama banteras AIDS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51542120315_AirAsia.jpg)
AirAsia, (RED) dan 88Rising bekerjasama banteras AIDS
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, (RED) bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit AIDS di rantau ini.
![Parti politik, NGO kaum India perlu berganding bahu - TPM Parti politik, NGO kaum India perlu berganding bahu - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51515848839_TimbalanPerdanaMen.jpg)
Parti politik, NGO kaum India perlu berganding bahu - TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India untuk bersatu hati agar sokongan masyarakat itu kepada kerajaan dapat ditingkatkan.