New Zealand buat permohonan rasmi untuk ekstradisi diplomat Malaysia

Astro Awani
Oktober 3, 2014 04:31 MYT
Permohonan telah ditandatangani oleh Menteri Kehakiman, Chris Finlayson dan dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia.
Kerajaan New Zealand telah secara rasmi mengfailkan permohonan ekstradisi terhadap diplomat warga Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail yang sebelum ini didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita di negara itu.
Menurut laporan laman web stuff.co.nz pengesahan itu dibuat oleh jurucakap kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negara dan Perdagangan New Zealand.
Permohonan telah ditandatangani oleh Menteri Kehakiman, Chris Finlayson dan dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia.
Muhammad Rizalman, 38, dituduh di sebuah mahkamah New Zealand pada 10 Mei atas tuduhan melakukan pecah rumah dan menyerang dengan niat untuk merogol, sehari selepas dia didakwa mengekori seorang wanita berumur 21 tahun ke rumahnya dan menyerangnya.
Namun, selepas memperoleh kekebalan diplomatik, bapa kepada tiga orang anak itu, telah dibawa kembali ke Malaysia pada bulan yang sama.
Malaysia kemudiaannya membuat pengumuman akan menghantar Pegawai Waran II Angkatan Tentera Malaysia selepas dia disiasat ke New Zealand. Namun tiada tarikh yang diberikan.
#diplomat #Muhammad Rizalman #Murray McCully #New Zealand