Pesawat terbesar di dunia Antonov AN-225 Mriya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Sabtu pagi.
Memetik laporan Bernama, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holdings Bhd Nik Anis Nik Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata tujuan pesawat kargo itu mendarat di KLIA adalah untuk mengisi minyak.
Pesawat itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad, India dan akan bertolak ke Perth, Australia setelah mengisi minyak di KLIA.
KLIA merupakan hentian terakhir bagi pesawat itu mengisi minyak selepas ia berhenti di Prague, Turkmenbashi (Turkmenistan) dan Hyderabad selepas berlepas dari 'kampung halamannya' di Kiev.
Pesawat gergasi itu terbang merentasi benua Eropah, Asia dan Oseania, dalam perjalanan bagi melaksanakan misi khas memandangkan ia membawa generator seberat 130 tan untuk dihantar ke Perth, Australia, esok.
Ketua juruterbang Antonov Dmytrov memberitahu Bernama, pada ketika ini, ia merupakan pesawat terpanjang dan paling berat di dunia iaitu 84 meter panjang dan setinggi 18 meter, yang disifatkannya sama dengan bangunan lima tingkat, dilengkapi 32 tayar dan sayap sepanjang 88 meter.
Kali terakhir pesawat ini mendarat di KLIA adalah pada 2007.
Mereka yang berada di kawasan KLIA turut teruja dengan kehadiran pesawat ini.
Sebelum ini, Antonov AN-225 Mriya turut mendapat perhatian yang sama oleh netizen India.
Pesawat itu direka pada tahun 1980 ketika era Soviet Union.
Menurut satu kenyataan, pesawat dengan enjin berkuasa enam turbokipas itu merupakan yang terpanjang serta terberat pernah dibina dan maksimum berat berlepas ialah sebanyak 640 tan.
Ia mempunyai rentang sayap terbesar berbanding pesawat lain serta dibina khas untuk membawa beban antara 180 hingga 230 tan.
Syafique Shuib
Sat May 14 2016
Pesawat terbesar di dunia Antonov AN-225 Mriya mendarat di KLIA untuk mengisi minyak sebelum ke destinasi seterusnya iaitu Perth, Australia. Gambar: Twitter/Malaysia Airports
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Natasha cipta sejarah lagi, juarai piala dunia di Hong Kong
Natasha Mohamed Roslan sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong pada Jumaat malam.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas.
PM Puji Pencapaian Luar Biasa Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Majlis Agama perlu manfaat kepakaran pemain industri industri, rancang kewangan industri - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Majlis Agama Islam di negara ini memanfaatkan kepakaran pemain industri kewangan untuk membantu agensi berkenaan menguruskan aliran perbelanjaan yang lebih cekap.
Ini rupanya pesawat terbesar dunia yang mendarat di Malaysia
Pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.10 pagi ini dalam penerbangan komersial sulungnya ke Malaysia.