Netizen puji tindakan MAHB pindahkan sarang lebah, bukan hapus

Kohilah Sekaran
Januari 10, 2019 20:32 MYT
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bersama pasukan kawalan serangga meneruskan operasi menghalau lebah di Lapagan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bersama pasukan kawalan serangga meneruskan operasi menghalau lebah di Lapagan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Namun, kali ini pihak MAHB mengambil tindakan menggunakan kaedah menyelamatkan lebah-lebah tersebut daripada menghapuskannya.
Ratusan lebah yang bersarang itu akan dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai.
Langkah ini diambil susulan seruan rakyat Malaysia yang meminta MAHB untuk tidak menggunakan kaedah pengasapan, iaitu kaedah yang digunakan dalam operasi penghapusan sarang lebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebelum ini.
MAHB menerusi laman Twitter rasminya berkata, pasukan Penyelamat Lebah Malaysia akan memindahkan lebah yang bersarang di laluan terminal utama KLIA.
“Operasi 'Bee Saga' berterusan, kali ini di terminal utama KLIA. Pihak kami bersama pihak Penyelamat Lebah Malaysia akan menyelamatkan lebah dan akan memastikan lebah-lebah itu dipindahkan dengan cara yang betul. Terus berikan sokongan anda,” kata MAHB dalam tweetnya, hari ini.

The 'Bee Saga' continues .... this time in KLIA Main Terminal. Together with the @penyelamatlebah team, we will save the bees and ensure that they are properly relocated. Show your support and stay tuned for the rescue mission. #saveMYbees pic.twitter.com/uBBR32EilP

— Malaysia Airports (@MY_Airports) January 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan itu, rata-rata netizen memuji pihak MAHB kerana mempertimbangkan dan seterusnya melaksanakan cadangan mereka.

Thank you for listening to other people opinion

— zaleha (@zalehaabidin) January 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

glad to hear that you're saving the bees. protect God's creation! Amen!

— Tony Yong (@yongtony1) January 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thank you for the rescue mission! We bee-lieve in MAHB

— Jane Mohammed (@JaneMohammed) January 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thank you for not killing them!

— AdamLambertIndonesia (@AdamLambert_INA) January 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, pihak MAHB menghalau ratusan lebah yang memenuhi ruang Bay Q4 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Perkara ini mendapat perhatian apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berang dengan pengurusan KLIA2 selepas mendakwa menemui sarang lebah di tingkap di sebuah bangunan di lapangan terbang itu.
#Bee Saga #bersarang #KLIA 2 #Kuala Lumpur #lebah #MAHB #Penyelamat Lebah Malaysia #Tony Fernandes
;