Netizen Malaysia-Indonesia 'berbalah' soal 'hak milik' menara KLCC
Kohilah Sekaran
Oktober 15, 2018 15:29 MYT
Oktober 15, 2018 15:29 MYT
KALANGAN netizen Malaysia 'naik angin' hari ini ekoran dakwaan beberapa pengguna media sosial Indonesia bahawa bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas atau KLCC adalah milik negara itu.
Perbalahan dipercayai berlaku apabila So Hee Hwang atau lebih dikenali DJ Soda berkongsi memuat naik gambarnya berkebaya batik berlatarbelakangkan KLCC di laman Instagramnya.
Gambar itu menarik perhatian pengikutnya namun timbul pertikaian apabila ada beberapa netizen Indonesia menyatakan bahawa baju kebaya dan menara KLCC adalah milik negara itu pada ruangan komen.
“Batik kamu pakai dan Menara Berkembar Petronas KLCC milik Indonesia,” kata pengguna akaun @aliasabdul90.
"KLCC adalah milik Indonesia," kata seorang lagi pengguna akaun @mechrazvm
Netizen Malaysia kemudian membidas dakwaan itu dan ‘mengajar’ mereka dengan beberapa fakta.
“KLCC dibina di Malaysia. Itu adalah idea Perdana Menteri kami, jadi bagaimana ia boleh jadi milik Indonesia?” soal pengguna @zahiddd.
Difahamkan, Soda berkunjung ke Malaysia untuk mengacara sebuah majlis anjuran Samsung.
Selain KLCC, pemilik akaun Instagram yang mempunyai pengikut seramai 2.4 juta itu turut berkunjung ke Batu Caves.
#Batu Caves
#DJ Soda
#Instagram
#kebaya
#KLCC
#Menara Berkembar Petronas
#Petronas
#Samsung
#So Hee Hwang