Nenek 55 tahun terharu dapat duduki SPM
Bernama
November 5, 2012 10:27 MYT
November 5, 2012 10:27 MYT
Sudah bergelar nenek namun tidak mematahkan semangat Hassanah Abdullah 55 tahun untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hari ini.
Selepas 40 tahun hasratnya tertangguh ekoran halangan keluarga dan kemiskinan.
Hassanah seorang guru KAFA di Sungai Petani Kedah, berkata beliau terpaksa menunaikan tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menjaga 6 orang adik beradiknya.
Termasuk meninggalkan alam persekolahan bagi membolehkan adik-beradiknya melanjutkan pengajian.
Dia juga bercita-cita untuk memasuki universiti satu hari nanti.
Manakala bagi seorang lagi calon SPM Fauziah Osman, 42 tahun, meskipun telah lanjut usia dia mahu membuktikan dia mampu memperolehi keputuusan cemerlang berbanding pelajar yang lebih muda.
Katanya dia terpaksa meninggalkan alam persekolah selepas menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ekoran kedudukan sekolah yang jauh dari tempat tinggalnya.
Hassanah dan Fauziah merupakan antara 70 calon persendirian SPM yang menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak, Gurun Kedah pagi Isnin.