Nelayan warga Thailand hilang di laut, jatuh bot pukat tunda
Adie Sufian Zulkefli
Ogos 26, 2020 10:49 MYT
Ogos 26, 2020 10:49 MYT
Seorang nelayan warga Thailand dilaporkan hilang selepas dipercayai jatuh laut ketika menangkap ikan pada jarak 19.3 batu nautika barat daya Pulau Songsong.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad, sebaik menerima laporan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi, pihaknya segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan bermula jam 7 pagi tadi.
Mangsa, Supakorn Ruanggkaew, 48 tahun, dilaporkan keluar ke laut bersama empat lagi nelayan dengan menaiki sebuah bot pukat tunda.
Mangsa disedari hilang pada jam 3 petang semalam ketika hendak menaikkan pukat.
Usaha mencari melibatkan sebuah kapal dan sebuah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), sebuah bot dari Pasukan Polis Marin dan sebuah bot dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Turut membantu pencarian, 15 buah bot nelayan tempatan.
Sektor pencarian meliputi kawasan seluas 78.22 batu nautika persegi.
#bot
#bot pukat tunda
#hilang
#jatuh
#Kuala Kedah
#Langkawi
#laut
#Maritim Malaysia
#nelayan
#operasi
#pencarian
#pukat tunda
#SAR
#warga Thailand