Nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah bot

Adie Sufian Zulkefli
Jun 17, 2016 00:14 MYT
Operasi bagaimanapun ditangguhkan pada jam 7 malam ekoran jarak penglihatan yang terhad dan masalah cuaca.
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah bot kira-kira dua batu nautika dari muara Kuala Kedah.
Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Leftenan Madya Maritim, Mohd Yusriazrin Serad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12 tengah hari daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian.
Susulan itu, gerakan mencari dan menyelamat diaktifkan jam 12.30 tengah hari, menggunakan sebuah kapal maritim sugut dan sebuah bot kilat 7, selain dibantu Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kota Setar.
Operasi bagaimanapun ditangguhkan pada jam 7 malam ekoran jarak penglihatan yang terhad dan masalah cuaca.
Pemilik bot, Teoh Poh Theat yang dihubungi berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 50-an itu bersama dua lagi individu dan seorang tekong.
Mangsa dikatakan baru seminggu bekerja dengannya kerana menggantikan nelayan lain tidak dapat turun ke laut.
#Kuala Kedah #Nelayan lemas
;