Nelayan dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan

Adie Sufian Zulkefli
Disember 20, 2022 12:34 MYT
Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dan mengatur gerak bot PERKASA 1228 dan bot PERKASA 1224 untuk mencari nelayan yang hilang. - Gambar ihsan APMM
LANGKAWI: Seorang nelayan dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan di perairan Perlis.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi menerima panggilan daripada anak nelayan.
Katanya, nelayan Zaizali Harun, 61, dilaporkan keluar ke laut dari Kuala Sanglang, Perlis menuju ke Selat Bagan Nyior untuk menangkap ikan dan tidak pulang sejak jam 4.30 petang Isnin.
“Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dan mengatur gerak bot PERKASA 1228 dan bot PERKASA 1224 sejurus menerima maklumat daripada anak mangsa.
“Bot yang dinaiki mangsa dipercayai mengalami kerosakan.
“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) sedang dilakukan APMM dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
#nelayan hilang #perairan Perlis #Maritim Malaysia #Kuala Sanglang
;