Negeri Sembilan capai 100 peratus pendaftaran vaksinasi penduduk dewasa
Bernama
Julai 26, 2021 05:09 MYT
Julai 26, 2021 05:09 MYT
SEREMBAN: Negeri Sembilan telah mencapai 100 peratus pendaftaran penduduk berusia 18 tahun ke atas untuk suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata jumlah pendaftaran 815,980 orang itu menunjukkan penduduk di negeri ini menyedari kepentingan vaksin sebagai instrumen melawan wabak COVID-19.
"Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kadar vaksinasi meningkat dan imuniti kelompok dapat dicapai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Setakat ini 199,526 penduduk di negeri ini telah lengkap menerima vaksin.
-- BERNAMA
#COVID-19
#imuniti kelompok
#suntikan
#vaksin
#Aminuddin Harun
#lengkap vaksin
#penduduk dewasa
#Negeri Sembilan
#Kesedaran
#kadar vaksinasi