Negara penuaan: Kerajaan perlu kaji semula sistem perlindungan sosial

Astro Awani
Ogos 7, 2022 13:59 MYT
Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Malaysia akan mencapai status negara menua lebih awal susulan trend penurunan bilangan kelahiran yang dicatatkan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk melihat semula sistem perlindungan sosial dalam mendepani negara penuaan supaya ia lebih bersasar.
Timbalan Pengarah Institut MyAgeing, Universiti Putra Malaysia (UPM), Rahimah Ibrahim, dalam aspek itu kerajaan perlu menyemak semula sama ada kurikulam mengenai literasi kewangan yang diajar di sekolah dipromosikan dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah menengah dan universiti.
"Ia adalah penting bagi mendidik mereka untuk membuat persediaan kesihatan dan simpanan kewangan yang mencukupi bagi mengelak kesukaran hidup selepas persaraan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
Menurut Rahimah, kiraan baki simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak seharusnya dikira mengikut purata baki pencarum.
Ini kerana katanya, jurang pencarum yang berpendapatan tinggi dan rendah adalah besar.
Beliau turut memberitahu, menyedari negara ke arah negara penuaaan ekoran jangka hayat rakyat Malaysia yang menunjukkan peningkatan ketara, maka pelaburan seharusnya dilakukan sebaik sahaja memasuki era pekerjaan.
Negara Penuaan | Kerajaan perlu kaji semula sistem jalinan sosial
"Kita rakyat Malaysia selalunya mula menabung untuk masa depan terutamanya untuk aspek kesihatan pada usia 30-an.
Terdahulu, unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Malaysia akan mencapai status negara menua lebih awal susulan trend penurunan bilangan kelahiran yang dicatatkan negara.
Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada tahun 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas.
#KWSP #negara penuaan #perlindungan sosial #Kementerian Kewangan
;