Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selain daripada kesan sosioekonomi akibat pandemik COVID-19, negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu terus waspada terhadap kemungkinan ancaman keganasan menjengah semasa dunia dalam tempoh tidak menentu ini.
Beliau berkata dalam keadaan di tengah pandemik ketika ini; komunikasi telus, rangkaian kerja yang baik, dan kerjasama risikan yang lebih baik di peringkat negara dan juga antarabangsa, adalah penting bagi memerangi keganasan dan radikalisme.
Bercakap dalam Perbahasan Umum sesi ke-75 Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York, beliau berkata setiap negara tidak boleh mengabaikan fakta bahawa kumpulan pengganas dapat meningkatkan usaha mereka untuk mengambil peluang daripada keadaan tidak menentu ketika ini untuk memperluaskan agenda mereka.
"Ini adalah perang psikologi yang dilancarkan pada orang-orang yang rentan dan kita mesti memenangkan "hati dan fikiran" untuk mencapai kejayaan. Strategi komunikasi efektif di semua saluran yang ada mesti diutamakan untuk memastikan bahawa sebarang maklumat salah dan silap, dapat diatasi tanpa melanggar undang-undang domestik masing-masing," katanya.
Berhubung akses kepada vaksin COVID-19 pula, Muhyiddin menegaskan bahawa pembuatan vaksin perlu memupuk kolaborasi antarabangsa dan bukannya bersifat persaingan nasionalisme, kerana usaha menyelamatkan nyawa harus menjadi keutamaan anggota PBB.
"Kita perlu ingat bahawa COVID-19 tidak mendiskriminasi, oleh itu kerjasama kita juga seharusnya begitu.
"Pandemik ini telah meletakkan semua negara dalam keadaan yang 'sama' dan perlumbaan bagi mendapatkan vaksin telah bermula. Sehingga tiba waktu kita temui ubat "anti-viral" yang diperlukan bagi merawat, dan satu vaksin bagi menyekat novel koronavirus (COVID-19) ini, kita tidak boleh mengisytihar sepenuhnya kemenangan dalam memerangi pandemik ini," katanya.
Pada masa yang sama beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan PBB yang lambat dalam membantu tindakan negara-negara anggota dalam menangani COVID-19, dengan merujuk kepada situasi beberapa bulan awal penularannya, apabila Majlis Keselamatan PBB gagal berbincang mengenai isu berkenaan, walaupun COVID-10 jelas sekali membawa ancaman besar kepada keselamatan dunia.
Beliah berkata Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi bagi mendesak supaya menghentikan permusuhan hanya pada 1 Julai, langkah yang membolehkan negara-negara berkaitan mengubah tumpuan sumber masing-masing kepada usaha memerangi pandemik.
"Ini adalah langkah positif, namun kita hanya boleh bayangkan manfaat tindakan itu sekiranya ia diambil lebih awal," katanya, dan menambah bahawa sudah tiba masanya komposisi Majlis Keselamatan menggambarkan keanggotaan semasa PBB.
Muhyiddin merujuk kepada lima kerusi tetap dalam Majlis Keselamatan yang diperuntukkan bagi lima negara pemenang Perang Dunia yang mempunyai hak veto, yang menurutnya bukti bahawa organisasi itu (PBB) perlu direformasi.
"Pastinya tidak akan ada pakatan untuk mengejar satu tujuan bersama, jika satu pihak berpendapat ia lebih berhak membuat keputusan berbanding pihak yang lain. Sejak tahun 1946, veto telah dilaksanakan lebih dari 200 kali. Tidak ada yang demokratik dalam cara veto digunakan.
"Veto terdedah kepada penyalahgunaan, baik secara ikhlas, hipokrit, atau untuk menegakkan kesalahan. Inilah sebabnya mengapa kita perlu membawa proses reformasi. Hanya dengan Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lebih baik, barulah dunia dapat berharap untuk melihat masalah ditangani dengan berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020
Muhyiddin menegaskan bahawa pembuatan vaksin perlu memupuk kolaborasi antarabangsa dan bukannya bersifat persaingan nasionalisme. - Gambar fail
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, di Jasin, pada Khamis.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.