Negara akan pulih dalam tiga tahun - Tun M
Firdaus Azil
Mac 25, 2019 12:02 MYT
Mac 25, 2019 12:02 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kerajaan Pakatan Harapan dapat memulihkan kedudukan kewangan negara sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.
Namun, jelasnya lagi, bagi mencapai tujuan itu, semua pihak terutamanya golongan penjawat awam harus bersabar dan memberi kerjasama penuh terhadap dasar dan usaha yang sedang dijalankan.
“Seluruh rakyat, termasuk anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita dapat kurangkan perbelanjaan bagi membayar hutang.
“Kita akan dapat jelaskan hutang dan selepas itu maka pendapatan kerajaan akan meningkat dan holeh digunakan untuk bantu sara hidup rakyat juga, khususnya mereka yang bekerja dalam kerajaan,” katanya lagi.
Tun Mahathir berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS bersama Perdana Menteri, di Universiti Putra Malaysia, di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda serta kesemua anggota badan itu kerana memberikan kerjasama sewaktu peralihan kerajaan selepas pilihan raya umum lalu.
“Kita alu-alukan sikap CUEPACS yang tidak ganas seperti negara lain,” katanya lagi.