Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Fareez Azman
Mei 21, 2021 20:23 MYT
Mei 21, 2021 20:23 MYT
KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, keputusan itu dibuat Pejabat Peguam Negara berdasarkan kajian mengikut keterangan yang diperoleh sebelum ini.
"Pada petang tadi kertas siasatan dikembalikan kepada Pejabat Peguam Negara untuk keputusan," katanya kepada Astro AWANI.
Neelofa dan PU Riz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kedua-dua mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.
Manakala PU Riz juga membuat pengakuan sama terhadap satu lagi pertuduhan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kesemua pertuduhan manakala 4 Jun depan ditetapkan bagi tarikh sebutan semula kes.
#SOP
#AG
#Seremban
#nilai
#polis
#mahkamah
#Peguam Negara
#Mahkamah Majistret
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#rentas negeri
#PKPB
#pelitup muka
#Neelofa
#PU Riz