Nazri Aziz dilantik Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat
Irwan Muhammad Zain
Februari 9, 2023 14:39 MYT
Februari 9, 2023 14:39 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik 10 orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia.
Antara yang dilantik termasuk bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri memaklumkan, Mohamed Nazri, yang juga graduan Lincoln's Inn di United Kingdom dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.
Mohamed Nazri berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018).
Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#Duta Besar ke Amerika Syarikat
#pegawai diplomatik
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Yang di-Pertuan Agong
#watikah