Natasha Sass, Jack Tan jadi 'Sahabat' HWC Malaysia
Israr Khalid
Mac 8, 2023 09:37 MYT
Mac 8, 2023 09:37 MYT
KUALA LUMPUR: Selepas setahun bertapak di Malaysia, jenama kopi asal Taiwan, HWC Coffee mengesahkan keberadaan di sini dengan kerjasama dua selebriti tempatan, Natasha Sass dan Jack Tan, sebagai HWC Friends.
Jalinan eksklusif antara industri kopi dan seni yang belum pernah dilakukan sebelum ini menandakan satu langkah penting dalam mempromosikan kopi istimewa.
Jack Tan, 32 tahun, dahulunya ahli kumpulan pop 'Thomas & Jack', kini juga seorang pelakon dan sudah tampil dalam beberapa filem. Beliau juga menggemari aktiviti luar, sukan drift, seorang pendaki dan pelari.
"Sebagai penggemar kopi, saya berbesar hati untuk bekerja dengan HWC. HWC Coffee ialah jenama kopi yang dihormati dan saya teruja untuk bekerjasama dengan mereka dan menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka," katanya.
Sementara itu, Natasha Muhammad Salihin Sass, atau Natasha Sass, ialah penyanyi kacukan Malaysia-Jerman berusia 22 tahun.
Di usia 13 tahun, beliau pernah dijemput ke Amerika Syarikat (AS) oleh penerbit Nick Trevisick untuk sesi rakaman muzik. Kemudian, pada usia 15 tahun, beliau mula mencipta dan menggubah muzik.
Beliau juga pernah membuat persembahan bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan menjadi artis jemputan konsert Bruno Mars di Malaysia pada 2014.
Juga seorang pencinta kopi, kata Natasha, ini kali pertama dirinya dilantik menjadi duta jenama rangkaian kopi. Baginya, kopi adalah sama pentingnya dengan muzik dan dia tidak sabar untuk berkolaborasi dengan HWC Coffee.
Selain daripada personaliti berkeyakinan, Jack dan Natasha amat mementingkan kualiti hidup, selari dengan misi HWC Coffee sejak penubuhannya - mengutamakan kopi berkualiti dan hanya menawarkan kopi ‘Specialty’ berkualiti tinggi kepada orang ramai.
Sementara itu, Kedai Flagship HWC dan Akademi Kopi pertama di Lembah Klang dijadual mula beroperasi pada Mei ini.
Sempena itu, HWC akan melancarkan dua jenis biji kopi baharu, iaitu HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean dan HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Coffee Bean, yang sudah mendapat pensijilan Halal daripada Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan.
HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean ialah biji kopi specialty berkualiti tinggi yang dihasilkan bersama oleh HWC Coffee dan Teofahza Specialty Coffee Studio, dan akan dijual secara eksklusif di Flagship Store HWC Coffee. Manakala HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Specialty Coffee Bean akan tersedia pada bulan Ogos di setiap Brand Store HWC Coffee.
HWC Coffee Malaysia menyasarkan untuk membuka 40 lagi Kedai Jenama di seluruh Malaysia menjelang 2023, dan yang terdekat adalah di Pulau Pinang pada April ini.
Mereka turut mengumumkan bahawa Kedai Flagship luar negara yang pertama akan dibuka di Brunei juga pada pertengahan April ini.