Nassuruddin angkat sumpah MB Kelantan, Mohamed Fadzli jadi Timbalan

Muhafandi Muhamad
Ogos 15, 2023 18:33 MYT
Mohd Nassuruddin mengangkat sumpah jawatan berkenaan jam 5.30 petang di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian. - Foto Istana Kelantan
KUBANG KERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menjadi Menteri Besar Kelantan ke-19 bagi penggal ke-15.
ADUN Temangan, Datuk Mohd Fadzli Hassan pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Mohd Nassuruddin dan Mohamed Fadzli masing-masing mengangkat sumpah jawatan berkenaan jam 5.30 petang di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Selain Menteri Besar dan Timbalan, 10 adun termasuk seorang dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan (AMK).
Lima muka baharu dilantik dalam barisan ahli mesyuarat Kerajaan kali ini.
Mereka ialah, Datuk Kamaruddin Mohd Nor (Bersatu-Ayer Lanas), Hilmi Abdullah (Pas-Guchil), Rohani Ibrahim (Pas-Tanjung Mas), Zamakshari Muhamad (Pas-Apam Putra) dan Mohd Asri Mat Daud (Pas-Salor).
#menteri besar kelantan #Mohd Nassuruddin Daud #Mohd Fadzli Hassan #MB Kelantan angkat sumpah
;